Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year!!


Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik tahun 2012 dah berlalu, hari nie sudah masuk tahun 2013. Cepatnya masa berlalu kan? Okey, buat permulaan tahun 2013 nie, aku nak mulakan hidup baru jugak. So, tercipta lah blog baru ku ini. Sebelum nie, aku memang ada blog lain, tapi biar lah blog tu tinggal kenangan sahaja. Bukan merajuk atau kecewa dengan blog tu tapi aku ada sebab yang memaksa aku mencipta blog yang indah ini. 

Kalau dulu blog ku berbentuk suram dan gelap tapi kali nie di tahun baru nie, aku memilih warna yang lebih ceria dan meriah gitu. Hikhik Harap korang semua suka dengan perubahan blogku kali ini. So, tak payah nak cerita panjang-panjang pasal kisah blogku yang lampau atau cerita pasal perubahan blog baruku ini. Nanti terlebih promosi pulak kan? 

Apa kata kita cerita pasal azam tahun baru!! Menarik topik nie kan? Iyelah, hari nie kan hari pertama dalam tahun 2013, mesti ramai yang teruja nak senaraikan azam tahun nie. Azam biasanya kita panggil impian atau matlamat kita sepanjang tahun, biasanya orang akan mula berazam sebelum atau selepas tahun baru. Ada yang nak kerja lebih baik, ada yang nak beli rumah, ada yang nak kereta dan sebagainya lah. Masing-masing ada azam sendiri. Tapi azam aku apa yer? ermmmm, jap aku kena fikir dulu nanti aku senaraikan tapi segan pulak nak senaraikan dalam blog ini sebab nanti korang sume tahu apa yang aku nak capai tahun 2013 nie!!!  :)

No comments:

Post a Comment