Thursday, January 3, 2013

Permulaan Tahun Baru.

Dua hari bermulanya tahun baru 2013, aku rasa sangat seronok dan gembira disamping kengkawan yang happening!! Walaupun ada rasa stress tapi bila tengok wajah kengkawan, rasa tu tiba-tiba hilang macam magik pulak. Tak payah lah aku luahkan rasa stress tu dekat dairi yang baru aku cipta nie, nanti lain pulak jadinya. Tapi yang pasti aku stress bukan pasal masalah peribadi tapi......Opsss, jangan dibincang dalam dairi nie ye Cik Samm. Okey2, tak nak fikir lagi pasal benda stress tu lagi biar dia berlalu pergi!!! Tapi benda stress tu akan aku tempoh setiap hari lahhhh...ahdoi!!!

Dah-dah tak payah ingat lagi, 1st day tahun baru aku memang kerja tapi sempat lagi aku berpeleseran di Mid Valley dengan cinta hati aku. Cinta hati? Siapa cinta hati aku tu? Mesti korang tertanya-tanya kan? Hahaha, tergelak jap sebab cinta hati aku nie bukan lelaki tapi seorang perempuan, harap faham yew. Cinta hati aku nie kawan aku since dekat poly dulu sampai lah sekarang!! Lama gila aku kawan dengan dia, time poly tak lah rapat sangat tapi bila study dekat universiti baru rapat!!! Sayang sangat dengan cinta hati aku nie, tapi tak boleh sayang lebih-lebih nanti ada orang jealous lah. Almaklum lah, cinta hati aku nie baru jew melangkah ke alam perkahwinan. Ermmm, dah tak boleh peluk cium lama-lama lagi tapi ada aku kisah!!! Cian husband cinta hati, geget jari lah tengok kitaorang berpelukan. ;)


Cinta Hati.

Layan korean food.

Durian Crepe favorite kami.

Habis satu Mid Valley kitaorang jalan sampai lenguh kaki cinta hati, kesian pulak tengok dia tahan sakit sebab pakai kasut high heels. Tapi takpe asalkan dia okey sudah lah. Lepas nie tak tahu lagi bila dapat lepak lama-lama dengan cinta hati, iyelah orang dah kawin kena lah dengan husband jew. Lagipun aku tak suka kacau member yang baru kawin, dorang kan nak manja-manja dengan husband. ;)

No comments:

Post a Comment